Tuesday 10 April 2012

Rogol

Apabila seseorang itu dipaksa untuk melakukan hubungan seks, ia dipanggil rogol. Rogol merupakan jenayah yang kejam. Kebanyakan kes rogol yang berlaku boleh dicegah. Sebahagian mangsa rogol berusia 16 tahun ke bawah dan mempuyai pertalian saudara ataupun merupakan rakan kepada perogol itu sendiri. Sebagai langkah berjaga-jaga, guna kematangan fikiran dan kepintaran anda semasa berada di luar untuk mengelak jenayah ini dari terus berlaku.

Antara perkara ang perlu di ambil tahu :-
1. Sebagai ibu bapa anda tahu di mana anak anda berada.
2. Jika keluar berseorangan, pastikan merancang perjalanan anda dan ketahui bersama siapa anda berjumpa
    untuk di maklumkan kepada ibu bapa.
3. Berhati-hati dengan persekitaran yang gelap dan sunyi.
4. Tunjukkan keyakinan diri semasa berjalan.
5. Jangan berjalan berseorangan ketika waktu malam.
6. Jika anda menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda duduk dengan penumpang perempuan juga.
7. Berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali.
8. Berhati-hati dan pastikan anda telah bersiap sedia dengan kunci semasa berjalan menghala ke kenderaan
    anda sama ada di kawasan letak kenderaan ataupun di luar kawasan.
9. Letak kenderaan anda di kawasan yang terang dan minta pengawal keselamatan untuk mengiringi anda ke
    kenderaan anda jika berasa tidak selamat.
10. Gunakan lif bersama-sama dengan orang ramai dan elakkan menaiki lif secara berseorangan.

berhati-hatilah bila keluar berseorangan
statistik tahun 2000-2009

1 comment:

  1. semoga kadar jenayah berkurangan dan masyarakat hidup dengan tenang.

    ReplyDelete