Saturday 7 January 2012

Pecah Rumah dan Samun

Jangan jadikan kediaman anda sasaran yang mudah!

Jenayah pecah rumah dan samun adalah ancaman yang sering berlaku kepada kediaman kita. ia juga paling mudah dicegah kerana jenayah ini berlandaskan dasar mengambil kesempatan. Mangsa jenayah samun dan pecah rumah pada kebiasaannya akan berasa terancam. Anda boleh mengawal kediaman dan keluarga anda dengan menggunakan kunci dan mangga yang berkualiti serta mengambil langkah-langkah mencegah jenayah samun ini.

Berikut adalah merupakan lagkah-langkah untuk mencegah daripada berlakunya kes pecah rumah dan samun :-

1. Kunci semua pintu dan tingkap
2. Kunci pintu setiap kali anda keluar masuk walaupun untuk jangka masa yang sekejap.
3. Nyalakan lampu di sekitar kediaman anda termasuk di pintu masuk.
4. Potong daun-daun dan semak bagi tujuan penglihatan yang lebih jelas di waktu siang dan malam.
5. Jangan letakkan kunci anda di bawah tikar pintu atau di celah pasu bunga .
6. Memasang sistem kawalan keselamatan kediaman.
7. Simpan semua peralatan berkebun, tangga dan peralatan tajam yang boleh digunakan sebagai
senjata.
8. Gunakan alat kawalan lampu automatik bagi tujuan memasang dan menutup lampu.

Di harap langkah-langkah tersebut dapat membantu anda untuk mencegah daripada berlakunya kes pecah rumah dan samun.


1 comment:

  1. pasang alarm di setiap pintu rumah anda. pada masa kini ada banyak alarm yang dijual dengan harga yang berpatutan. keluarkan duit lebih sedikit untuk keselamatan.

    ReplyDelete