Tuesday 10 January 2012

Curi Kenderaan

Berhati-hati, jangan beri peluang kepada pencuri kenderaan.

Jenayah curi kenderaan ini semakin sukar di bendung, walau bagaimanapun berdasarkan fakta yang ada, jenayah ini boleh dicegah dengan mengambil langkah-langkah menambahkan kawalan keselamatan terhadap kenderaan anda dan ia secara tidak langsung akan dapat mengelakkan jenayah ini daripada berlaku dengan mudah. Semakin banyak masa yang digunakan oleh pencuri kenderaan semakin besar peluang bagi kita untuk mengesan tindak-tanduk mereka.

berikut merupakan langkah-langkah pencegahan kecurian kenderaan :-
1. Jangan biarkan enjin kenderaan anda hidup tanpa di awasi.
2. Letak kenderaan anda di tempat yang terang.
3. Letak kenderaan anda di tempat yang boleh di lihat orang.
4. Kunci semua pintu sejurus masuk ke dalam kenderaan.
5. Simpan semua barangan yang berharga di tempat yang tidak dapat dilihat.
6. Memasang alat kawalan keselamatan bagi tujuan mencegah kecurian kenderaan.
7. Sila keluarkan papan muka radio dan pemain cakera padat apabila meninggalkan kenderaan anda.
8. Sila kunci roda motosikal anda dengan menggunakan kunci yang bagus.

      ------ AWAS JANGAN BERI PELUANG KEPADA PENCURI KENDERAAN------  



Saturday 7 January 2012

Pecah Rumah dan Samun

Jangan jadikan kediaman anda sasaran yang mudah!

Jenayah pecah rumah dan samun adalah ancaman yang sering berlaku kepada kediaman kita. ia juga paling mudah dicegah kerana jenayah ini berlandaskan dasar mengambil kesempatan. Mangsa jenayah samun dan pecah rumah pada kebiasaannya akan berasa terancam. Anda boleh mengawal kediaman dan keluarga anda dengan menggunakan kunci dan mangga yang berkualiti serta mengambil langkah-langkah mencegah jenayah samun ini.

Berikut adalah merupakan lagkah-langkah untuk mencegah daripada berlakunya kes pecah rumah dan samun :-

1. Kunci semua pintu dan tingkap
2. Kunci pintu setiap kali anda keluar masuk walaupun untuk jangka masa yang sekejap.
3. Nyalakan lampu di sekitar kediaman anda termasuk di pintu masuk.
4. Potong daun-daun dan semak bagi tujuan penglihatan yang lebih jelas di waktu siang dan malam.
5. Jangan letakkan kunci anda di bawah tikar pintu atau di celah pasu bunga .
6. Memasang sistem kawalan keselamatan kediaman.
7. Simpan semua peralatan berkebun, tangga dan peralatan tajam yang boleh digunakan sebagai
senjata.
8. Gunakan alat kawalan lampu automatik bagi tujuan memasang dan menutup lampu.

Di harap langkah-langkah tersebut dapat membantu anda untuk mencegah daripada berlakunya kes pecah rumah dan samun.