Saturday 19 May 2012

CARA MENGATASI MASALAH PENAGIHAN DADAH.


Tingkatkan pengetahuan :-
  • cari maklumat mengenai ubat-ubatan yang sering disalah guna dan tanda-tanda penyalahgunaan ubat - ubatan tersebut.
  • sering berkongsi maklumat dengan ibu bapa, guru dan jiran mengenai isu semasa masalah penyalahgunaan dadah.
  • hargai maklumat orang lain tentang anak anda dan selidik terlebih dahulu mengenai maklumat tersebut.
Pendidikan yang kukuh dan berkesan adalah bermula dari rumah :-
  • terapkan kepentingan ubat untuk kesihatan dan cara pengambilan yang betul.
  • memaklumkan kepada anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat ubatan
  • awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara terhadap ubat-ubatan yang di ambil
Jadi rakan yang paling baik kepada anak anda :-
  • sentiasa bekomunikasi dengan anak anda dan menjadi pendengar yang baik.
  • berkongsi masalah yang dihadapi dan bantu untuk menyelesaikannya 
  • berkongsi pengalaman kehidupan dengannya
  • kenali rakan anak anda disekolah ataupun di kawasan rumah.
  • ketahui dimana anak anda berada pada setiap masa dan elak daripada keluar malam.

No comments:

Post a Comment