Tuesday 10 April 2012

Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Kanak-kanak tidak bersalah dan mereka mempuyai nilai yang tinggi buat kita. Oleh yang demikian, adalah penting bagi kita untuk memberikan mereka maklumat dan pengatahuan yang tepat dan mengajar mereka cara-cara untuk melindungi diri mereka.

Antara perkara yang perlu di ajar dan di dedahkan:-
1. Sila ajar anak-anak anda nama betul bahagian-bahagian sulit pada tubuh mereka.
2. Sila ajar anak-anak anda bahawa tiada siapa pun berhak untuk menyentuh tubuh
    mereka tanpa kebenaran.
3. Sila ajar anak-anak anda untuk berkata TIDAK jika mereka berada dalam keadaan
    yang tidak selesa.
4. Sila beritahu anak-anak anda bahawa mereka perlu meminta kebenaran anda
    sebelum meninggalkan kediaman serta memaklukkan kepada anda tentang
    rancangan perjalanan, hala tuju mereka, dan dengan siapa mereka berjalan.
5. Menggalakkan anak-anak memberitahu sebarang tingkah laku yang luar biasa.
6. Ajar anak-anak anda supaya tidak membuka pintu rumah dengan mudah
    kepada orang yang tifdak dikenali walaupun orang yang tidak dikenali itu
    mendakwa mengenali anda.
7. Berbicang dengan anak-anak anda secara terbuka mengenai isu penderaan
    seksual.
8. Sila berikan tumpuan dan perhatian terhadap kata-kata mereka.




Statistik 2005-2010

1 comment: