Tingkatkan pengetahuan :-
- cari maklumat mengenai ubat-ubatan yang sering disalah guna dan tanda-tanda penyalahgunaan ubat - ubatan tersebut.
- sering berkongsi maklumat dengan ibu bapa, guru dan jiran mengenai isu semasa masalah penyalahgunaan dadah.
- hargai maklumat orang lain tentang anak anda dan selidik terlebih dahulu mengenai maklumat tersebut.
Pendidikan yang kukuh dan berkesan adalah bermula dari rumah :-
- terapkan kepentingan ubat untuk kesihatan dan cara pengambilan yang betul.
- memaklumkan kepada anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat ubatan
- awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara terhadap ubat-ubatan yang di ambil
Jadi rakan yang paling baik kepada anak anda :-
- sentiasa bekomunikasi dengan anak anda dan menjadi pendengar yang baik.
- berkongsi masalah yang dihadapi dan bantu untuk menyelesaikannya
- berkongsi pengalaman kehidupan dengannya
- kenali rakan anak anda disekolah ataupun di kawasan rumah.
- ketahui dimana anak anda berada pada setiap masa dan elak daripada keluar malam.
No comments:
Post a Comment